Wednesday 7 December 2011

last day dekat pahang ;)

Assalamualaikum ~ untuk pengetahuan semua, hari ni aku last day dekat semenanjung . tak terasa pun sudah 6 bulan aku dekat sini .. esok flight aku awal pagi balik sabah . so sekarang ni , aku tengah packing barang sambil-sambil buat entry . hehe . sebenarnya aku ni jenis malas packing barang sebab aku takut ada barang yang tertinggal atau terlupa bawak . sob2 :)

tadi time packing barang bini dekat sabah tak habis-habis kol . dia takut aku terlupa bawa barang yang penting .semua dia ingatkan itu ini - itu ini ... hahaha . thanks sayang sebab jadi reminder aku . hehe ..plan lepas ni , petang pergi KL sebab mau cari stroller untuk rizqy .lepas tu stay dekat KL sampai esok pagi . gerak pergi airpot mesti awal pagi. rasa-rasa semenanjung lagi murah dari sabah kan kalau mau beli stroller . besar sudah rizqy , tak lama lagi mau tumbuh gigi . hehe ~

sekarang cerita perasaan aku okay .. hmmm . excited nak balik sabah tu tetap ada, sedih balik sabah pun ada .. tak tau la kenapa . mungkin sebab aku tak sabar jumpa anak bini ku kann. dalam masa yang sama pun , aku rasa sedih betul mahu tinggalkan tempat aku praktikal ni .. ye laa .. lepas aku balik sabah ni , aku duduk dengan keluarga aku sendiri .. then mesti lah lepas tu , aku ingat-ingat kenangan aku dekat sini kan .. banyak betul kenangan aku sini dengan kawan-kawan baru . lagi satu, aku sorang saja duduk sabah .family aku yang lain semua sudah menetap di semenannjung . mak ayah dan juga abang-abang aku .. mestilah aku sedih kann ..

alangkah bestnya bila dapat berkumpul sama-sama lagi .. tak apa , aku balik sabah sebab study aku tak habis lagi .. kena habiskan dulu baru lah aku pergi sini sini balik .. sabar .. mudah-mudahan aku kuat hadapi dugaan yang ada nanti . amin ~

kepada kawan-kawan aku dekat sini : terima kasih untuk segalanya . halalkan makan dan minum aku sememnjak aku dekat sini .. terima kasih jugak sebab dapat luangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk raikan last day aku praktikal dekat sini .halalkan juga ilmu yang korang beri dekat aku okay ~ tanx a lot bro ~ azwan chargeman, azran, ajeng,pejal,rusdy,ajak,ustaz zul,azhari,mok nik,ustazah .cek zul,saufi,joe lowed, faad,shuib,cek man,ayahman cek mail .,pejul dan juga bos-bos aku azhar ahmad . dan en yus yg benarkan aku praktikal dekat sini .. tanxx buddy ;)

info flight aku :


Monday 28 November 2011

last week praktikal ~

Assalamualaikum ... last aku buat entry pasal kawan-kawan aku hari tu kann . sekarang aku nak buat entry yang lain pulak . okay sekarang sudah pun sedia maklum  budak-budak Politeknik yang tengah menjalani Latihan industri sekarang tengah struggle buat final report termasuk aku .. arghhhh . macam-macam perasaan buat final report ni .. kalau dah siap lain cerita laa . sekarang ni aku cerita final report yang belum siap .. aduhh ..

minggu ni last aku praktikal di institut kemahiran belia negara temerloh pahang . perasaan bercampur baur disebabkan suasana di sabah dan juga di semenanjung ni . yang di sabah tu , cerita dia macam ni . aku pun tak sabar nak jumpa keluarga kecil ku .. rindu aku dengan anak bini ku macam tak terkira sudah . kamu pun semua tau aku hidup bujang di semenanjung ni . tak terasa rizqy besar sudah kan .. nda sabar betul jumpa durang semua ..


cerita yang di sini lain .. sedih pulak nak tinggalkan tempat aku praktikal ni . macam-macam kenangan aku di sini . macam-macam jugak kerenah kawan yang aku baru kenali .. sudah minggu ni last week . tak pasti lagi aku dapat jumpa mereka lagi atau tak .. Tuhan seja yang tau . kalau diberikan kesempatan jumpa diorang lagi, aku bersyukur sangat .
ni laporan yang banyak tipu ~ ahaha


peace ~

Tuesday 8 November 2011

Cerita kawan dekat sini ;)

Assalamualaikum ... entry kali ni aku nak bercerita tentang member-member yang aku rapat dekat IKBNT . cerita pasal ni aku hanya nak kongsi pengalaman hidup aku selama 6bulan  bersama-sama mereka . hahaha . ayat macam gampang . hahaha . aku pun tak tau la . entry kali ni aku gelak sorang-sorang depan pc . aku pun tak tau sangat nak tulis-tulis blog ni .. 1st time entry cerita pasal kawan . diorang baca entry aku ni , kompom aku kena nanti . hahaha .

okay . sekarang aku nak explain dengan semua situasi dekat tempat aku praktikal ni .. aku dekat sini sekadar bawa tittle sebagai student practical . lepas tuu , aku mestilah follow juruteknik  dan juga chargeman dekat sini kan , sebab course aku electrical engineering . tak kan lah aku nak follow tukang masak . hahaha . sudah semestinya bos dekat sini aku suruh aku ikut diorang . pejam celik-pejam celik bulan ni masuk bulan ke-5 aku dekat sini .. tak rasa sangat masa berlalu .. tinggal sebulan lagi aku nak stay sini . lepas tu aku balik kampung halaman aku sabah .. so , itu yang buat aku terdetik nak buat entry pasal member-member aku dekat sini ...

sekarang aku nak kenal kan orang yang mula-mula aku jumpa dekat IKBNT ni adalah bos aku sendiri . sebab technician duduk bawah dia . so , aku praktikal under unit perolehan dan juga pembangunan . bos aku ni telah pun berpindah dekat IKBN Kinarut papar sabah . dan inilah wajah beliau ..
En . Yusfarizal Che yusoff  Ketua cawangan Unit Perolehan dan Pembangunan IBNT sekarang berpindah ke IKBN kinarut sabah sebagai Tim.Pengarah Kemahiran


then, sekarang ni aku nak kenalkan plak dengan korang chargeman dan juga technician yang aku follow buat kerja .. mereka ni kalau kami tiga orang duduk sama lepak , aku jadi mangsa kutuk . sumpah aku tak tipu , gaya dorang macam gampang .. hahaaha . asyik-asyik kalau aku nak balas kutukan diorang , dialog diorang macam ni " ko nak ke kitorang tak sign buku laporan harian ko ? " haaa . tngok perangai tak boleh blah .. kan . so , aku pun tak boleh buat apa-apa .. dan ni la wajah-wajah mereka .


macam hippo pun ada sikit-sikit. hahahaha

Chargeman azwan





Technician yang aku follow buat kerja-kerja Elektrik dan juga awam .. Azran Amran 



seterusnya, aku nak juga cerita serba sedikit pasal kawan aku yang bernama saufi ini . orangnya pendiam sikit . haha .. tapi dia bukan calang-calang orang . dia boleh dibagi tittle sebagai pakar dalam bidang IT ni .. semua staff dalam ikbnt ni kalau ada masalah dalam bidang komputer akan cari beliau.
Pegawai Teknologi Maklumat En . Saufi Zaidi



okay, kita sambung cerita member aku yang sorang lagi .. dia ni jenis yang senang berkawan dan tidak sombong dengan orang baru . contohnya aku dekat sini 5 bulan yang lalu ,dulu aku pun baru lagi nak bergaul dengan diorang semua . tapi member yang mula aku rapat sekali adalah beliau .. asal samarahan sarawak . kami satu pulau . aku rasa sebab itu jugak dia tidak sombong , dan faham situasi hidup di perantauan kan ...
lagi satu , beliau masih bujang dan sudah berpunya . dengar cerita tahun depan dia nak kahwin dah . wahhh .. tak sabar nak makan nasi minyak . hahaha :))
Pen Peg kesatria . Faizal Kamil @ ajeng .. tak silap aku , pic ni time dia dekat oversea yang beriklim sejuk . tengah petik strawberry tuu ..



okay .. kawan aku yang seterusnya ni muka dia tak bole blah .. hahaha .. tapi rugi siapa tak berkawan dengan dia , sebab dia ni adik angkat ex menteri besar selangor .. hahaha .. datuk khir toyo .siap ada letak gambar lagi dekat bilik pejabat. haha . nama datuk pun masuk sekali dalam entry aku kali ni .. tapi dia ni pun bukan calang-calang orangnya . semua tempat idaman aku dekat oversea dia dah pergi ..best tak best dia ?? .. untung laa dia kann .. kalau korang nak tengok gambar-gambar dekat oversea tu , add la facebook nya klik sini .

tahniah kepada Pen.Pegawai Belia dan sukan . Faizal Salim @peje .. dia dah graduate digree . wahhh


Adik dan juga Abang yang amat serasi bersama ajeng & peje ;)

dari kiri , ustaz zulkhairi , peje , ajeng , dan juga ajak :)

pegawai kesatria IKBNT dari kiri Ajeng , En Rahim , dan En zulkifli ;)  

dan yang ini Pen.Pegawai Belia dan sukan... Azhari dan juga putera kesayangan muhammad Al-Awal ;)

boleh teka muka siapa gerangan kacak ni ?? tengok jam dah kenal muka Pen.Pegawai Belia dan sukan . Faizal Salim @peje ;)

Pen.Pegawai Kesatria En Hafizal yang tengah meneran .. hahaha

Ustaz Zulkhairi yang sempoi ... macam-macam dugaan yang Allah beri ke atas beliau.mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah buat putera sulung ustaz yang baru sahaja pergi meninggalkan kita .. Al-Fatihah .. Amin

muka-muka yang tak boleh blah .. haha . Pen Peg kesatria . Faizal Kamil @ ajeng dan juga Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman . Azwan Abd Rahman .

Aktiviti harian @ bosan @ menular . hahaha . main chess la jawabnya . pahlawan chess IKBNT . tiada seorang pun pernah kalahkan mereka .. hebat !!

ni bos aku yang baru .. bos lama En Yus dah pindah ke IKBN kinarut sabah . Bos sekarang ni En Azhar Ahmad Ketua cawangan Unit Perolehan dan Pembangunan

peje yang macho dikelilingi gadis-gadis . haha . gurau ok ..belakang tu Uztazah Suzana yang kiri dan Nik Mariana yang kanan .. untungla peje .. huhu

dari kiri , peje , ajak, rusdi dan juga way ...dan semua pun masih membawa tittle bujang .. haha

diorang nak pergi jungle walk :)


okay lastly , aku nak bagitahu korang , dulu mula-mula duduk sini , macam tak nak jak . sebab tak ada member lagi .. tapi bila aku kenal dan bergaul dengan mereka-mereka ni , macam-macam aku rasa , sebab kalau aku bosan dekat rumah , ada tempat lepak , cerita huha huha . setakat ni member-member aku yang terbaik adalah diorang sebab masing-masing dah ada kerjaya ..lagi satu , kalau aku susah , mereka jugak selalu teman aku .. macam-macam peringkat umur aku bergaul dekat sini . kalau  sebaya umur aku ni , aku rasa boleh panggil pacik dah dekat diorang .. ehh silap , atuk kot .. hahaa ..

macam mana aku nak tulis closing entry aku ni hah ?? tak reti sangat laa .. hahaha ..ok sekarang ending dah ni ..  betul-betul penutup dah .. ok lah terlalu panjang dah aku rasa entry kali ni .. bye ;)

Friday 28 October 2011

entry jiwang si ayah untuk si ibu ;)

assalamualaikum .. Entri ini agak jiwang! Khas buat cinta hati aku NURUL HAFIZAHLIYANA. Jadi bagi yang rasa ada sedikit loya nak muntah tue , sila tekan X ya ! Cepat-cepat beredar dari sini sebelum semakin parah. Tapi kalau ada yang rasa boleh tahan , sila teruskan pembacaan anda! Terima kasih....

Sayang tiada kata seindah bahasa yang mampu aku katakan dan tiada puisi puitis yang boleh aku karang melainkan ucapan Selamat Hari Lahir Sayang. Pejam celik pejam celik usia mu sudah memasuki 20tahun dan begitu cepat masa berlalu serta hubungan kita semakin meningkat usianya.Saat aku mengenali diri mu jiwa ku kosong tanpa arah. Engkaulah lilin dan engkaulah cahaya. Engkau juga semangat ku dan segalanya dalam hidup ku. Tiada pengganti tempat mu di hati ku.Hanya allah tempat kita mengadu untuk mengukuhkan hubungan kita semoga hidup kita di berkati olehNya.

Alhamdulillah 5 hari lalu bersamaan 24 oktober 2011 bertambah lagi usiamu. Ku doakan moga pertambahan usia ini meningkatkan kematangan kita bersama. Terus terang aku katakan , di kaulah anugerah terbaik yang Allah berikan kepada ku.Tidak pernah ku terima anugerah sebaik mu. Kehadiranmu memberikan kekuatakn kepada diri ku.Waktu susah engkaulah semangat ku , waktu senang engkaulah komediku.Akhir kata buat isteri ku yang ku cintai dan sayangi , Selamat Hari Lahir yang ke 20. Semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna dengan kehadiran cahaya mata yang kita nanti-nantikan. Andai di hadiahkan intan permata , aku hanya memilih diri mu tiada dua , tiga dan empat.Hanya diri mu seorang dalam di hati ku.

Selagi jasad ini bernafas , selagi itu cintaku padamu akan bersama. Walaupun tiada harta berjuta tapi diri mu dalam hati ini sebagai isteri yang pertama dan terakhir. Amin!

P/s : sory syg , jangan ambik hati sebab aya baru buat entry bufday untik ibu .. aya tau aya x romantik . tapi aya berusaha untuk jadi yang terbaik di mata ibu .. tapi ibu tau kan aya yang 1st wish ibu hari tuu .. siap ada hadiah pos dari semenanjung pegi taman mawar sandakan lagi kann . wkwkwkwk .. love u syg .. jaga anak kita elok2 ;)


Thursday 27 October 2011

If friends are like moon and Brothers are like stars than i have noticed that the sky looks good without moon but not without stars ..Happy Birthday Brother

 Assalamualaikum .. Seperti yang kita sedia maklum ….

Sekarang nie sememangnya ramai antara kita dari budak sekolah hingga ke atuk nenek mulai mempunyai akaun FACEBOOK. Malah dengan kehadiran facebook ini menjadikan ianya antara laman web sosial yang terkenal dan terhangat di pasaran.

Ia menjadi salah satu medium untuk menambahkan kenalan baru dan dan mungkin untuk mencari jodoh pasangan hidup.Dan telah terbukti banyak kes jejak kasih melalui FACEBOOK ini.

Hari ni bertarikh 28 oktober 2011 adalah hari keputeraan abang sulung aku JUMANSYAH yang ke-23. tapi sayangnya jarak yang memisahkan antara aku dan dia hingga aku pun dah lupa bila last aku celebrate bufday abg sulung aku ni . dengan itu aku mengucapkan selamat hari jadi semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji , pekerti yang mulia , umur yang bermanfaat , rezeki yang halal, ilmu yang berguna , jodoh yang membahagiakan dan hidup yang di rahmati dunia dan akhirat ... aminnnn ya rabbal alamin ...









hanya sekadar membuat ucapan hari jadi di ALAM MAYA dan menghidangkan kek yang lazat di blog ni buat santapan mata .. hehehe ;) hepy bornday bro ;)

Friday 21 October 2011

Assalamualaikum semua .. wahh ..sungguh lama rasanya tak update blog aku nii .. rasa-rasa macam dah ada lumut dah dekat blog aku . huahahaha .. sebenarnya aku sangat-sangat busy . kalau ada masa free pun dapat luang masa dekat fb sahaja . nak update blog payah rasannya . korang pun fhm kan . hehe ..

okay .. entry kali ni , banyak benda aku nak cerita . rasanya macam semua benda aku nak kongsi dekat sini . firstly aku nak cerita pasal ujian kecergasan dan fizikal bagi jawatan pegawai penjara yang sebelum ni aku sudah pun lulus menjalani ujian tersebut.. nak lulus ujian ni bukan senang tau .. banyak syarat yang perlu aku lakukan dan aku kena struggle cari stamina balik untuk lepas ujian ni . syarat-syaratnya sungguh rumit ...  . hahaha .. dan sekarang aku tak percaya yang berat aku turun 8kg .. crita ujian ni fullstop sini k . hehe

dan ini lah syarat-syarat kelayakan ke temu duga ..

Tuesday 6 September 2011

Masa itu EMAS .


Assalamualaikum semua . cepat betul kan masa berlalu . tak sedar raya ke-8 sudah .tak puas beraya bersama keluarga kecil ku .  singkat betul masa aku cuti kali ni .  malas rasanya kembali kerja di rantau orang yang nun jauh di sana , aisehhh .Tapi serius aku macam tak mahu pulang  pahang jak baa aduyyy .  malam ni aku gerak pegi tawau sebab flight aku dari tawau . rasa lain macam sebab nak berpisah sebentar dengan anak bini ku . 4 bulan lagi nanti nda bejumpa . lama baaa tuuu . sedihnya ;(

tapi bersyukur la kan dapat juga aku beraya dengan family kecil kuu . walaupun sekejap ja kegembiraan tu datang , rasa sangat bertuah masi bole lagi merasainya .

Esok flight ku TWU - KLIA jam 1750 . Bersamaan 5.50 petang . Tawau mulai sudah gelap , aku baru mau terbang balik KL . Sampai sana maybe dalam pukul 8 lebih-lebih macam tuu . Then , ambik bus dari KLIA ke KL Sentral . Lepas tuu , ambik bus lagi dari Titiwangsa ke Temerloh Pahang . Its my long long long journey . Only me . Alone :( Macam berat kaki mau melangkah . Tapi apakan daya . Ada lagi urusan yang belum lagi aku settlekn d pahang tuu .

Doakan perjalanan aku malam ne sampai esok dan seterusnya selamat ke destinasi yang aku tujui . Aminnnn ! Ok laaa . Sebelum tuu , aku nak share sikit picture raya tahun ne untuk pertama kalinya BERTIGA . Ituu jak . Minal aidil wal faizin :)







 
    
Family isteri dari Bukit Garam , Kinabatangan 

Family Isteri dari Beluran

Isteri with her cousins 


Baby Rizqy berhari raya 





Selamat Hari Raya . Maaf zahir batin dari kami , SarikYanaRizqy :)