Monday 28 November 2011

last week praktikal ~

Assalamualaikum ... last aku buat entry pasal kawan-kawan aku hari tu kann . sekarang aku nak buat entry yang lain pulak . okay sekarang sudah pun sedia maklum  budak-budak Politeknik yang tengah menjalani Latihan industri sekarang tengah struggle buat final report termasuk aku .. arghhhh . macam-macam perasaan buat final report ni .. kalau dah siap lain cerita laa . sekarang ni aku cerita final report yang belum siap .. aduhh ..

minggu ni last aku praktikal di institut kemahiran belia negara temerloh pahang . perasaan bercampur baur disebabkan suasana di sabah dan juga di semenanjung ni . yang di sabah tu , cerita dia macam ni . aku pun tak sabar nak jumpa keluarga kecil ku .. rindu aku dengan anak bini ku macam tak terkira sudah . kamu pun semua tau aku hidup bujang di semenanjung ni . tak terasa rizqy besar sudah kan .. nda sabar betul jumpa durang semua ..


cerita yang di sini lain .. sedih pulak nak tinggalkan tempat aku praktikal ni . macam-macam kenangan aku di sini . macam-macam jugak kerenah kawan yang aku baru kenali .. sudah minggu ni last week . tak pasti lagi aku dapat jumpa mereka lagi atau tak .. Tuhan seja yang tau . kalau diberikan kesempatan jumpa diorang lagi, aku bersyukur sangat .
ni laporan yang banyak tipu ~ ahaha


peace ~

Tuesday 8 November 2011

Cerita kawan dekat sini ;)

Assalamualaikum ... entry kali ni aku nak bercerita tentang member-member yang aku rapat dekat IKBNT . cerita pasal ni aku hanya nak kongsi pengalaman hidup aku selama 6bulan  bersama-sama mereka . hahaha . ayat macam gampang . hahaha . aku pun tak tau la . entry kali ni aku gelak sorang-sorang depan pc . aku pun tak tau sangat nak tulis-tulis blog ni .. 1st time entry cerita pasal kawan . diorang baca entry aku ni , kompom aku kena nanti . hahaha .

okay . sekarang aku nak explain dengan semua situasi dekat tempat aku praktikal ni .. aku dekat sini sekadar bawa tittle sebagai student practical . lepas tuu , aku mestilah follow juruteknik  dan juga chargeman dekat sini kan , sebab course aku electrical engineering . tak kan lah aku nak follow tukang masak . hahaha . sudah semestinya bos dekat sini aku suruh aku ikut diorang . pejam celik-pejam celik bulan ni masuk bulan ke-5 aku dekat sini .. tak rasa sangat masa berlalu .. tinggal sebulan lagi aku nak stay sini . lepas tu aku balik kampung halaman aku sabah .. so , itu yang buat aku terdetik nak buat entry pasal member-member aku dekat sini ...

sekarang aku nak kenal kan orang yang mula-mula aku jumpa dekat IKBNT ni adalah bos aku sendiri . sebab technician duduk bawah dia . so , aku praktikal under unit perolehan dan juga pembangunan . bos aku ni telah pun berpindah dekat IKBN Kinarut papar sabah . dan inilah wajah beliau ..
En . Yusfarizal Che yusoff  Ketua cawangan Unit Perolehan dan Pembangunan IBNT sekarang berpindah ke IKBN kinarut sabah sebagai Tim.Pengarah Kemahiran


then, sekarang ni aku nak kenalkan plak dengan korang chargeman dan juga technician yang aku follow buat kerja .. mereka ni kalau kami tiga orang duduk sama lepak , aku jadi mangsa kutuk . sumpah aku tak tipu , gaya dorang macam gampang .. hahaaha . asyik-asyik kalau aku nak balas kutukan diorang , dialog diorang macam ni " ko nak ke kitorang tak sign buku laporan harian ko ? " haaa . tngok perangai tak boleh blah .. kan . so , aku pun tak boleh buat apa-apa .. dan ni la wajah-wajah mereka .


macam hippo pun ada sikit-sikit. hahahaha

Chargeman azwan





Technician yang aku follow buat kerja-kerja Elektrik dan juga awam .. Azran Amran 



seterusnya, aku nak juga cerita serba sedikit pasal kawan aku yang bernama saufi ini . orangnya pendiam sikit . haha .. tapi dia bukan calang-calang orang . dia boleh dibagi tittle sebagai pakar dalam bidang IT ni .. semua staff dalam ikbnt ni kalau ada masalah dalam bidang komputer akan cari beliau.
Pegawai Teknologi Maklumat En . Saufi Zaidi



okay, kita sambung cerita member aku yang sorang lagi .. dia ni jenis yang senang berkawan dan tidak sombong dengan orang baru . contohnya aku dekat sini 5 bulan yang lalu ,dulu aku pun baru lagi nak bergaul dengan diorang semua . tapi member yang mula aku rapat sekali adalah beliau .. asal samarahan sarawak . kami satu pulau . aku rasa sebab itu jugak dia tidak sombong , dan faham situasi hidup di perantauan kan ...
lagi satu , beliau masih bujang dan sudah berpunya . dengar cerita tahun depan dia nak kahwin dah . wahhh .. tak sabar nak makan nasi minyak . hahaha :))
Pen Peg kesatria . Faizal Kamil @ ajeng .. tak silap aku , pic ni time dia dekat oversea yang beriklim sejuk . tengah petik strawberry tuu ..



okay .. kawan aku yang seterusnya ni muka dia tak bole blah .. hahaha .. tapi rugi siapa tak berkawan dengan dia , sebab dia ni adik angkat ex menteri besar selangor .. hahaha .. datuk khir toyo .siap ada letak gambar lagi dekat bilik pejabat. haha . nama datuk pun masuk sekali dalam entry aku kali ni .. tapi dia ni pun bukan calang-calang orangnya . semua tempat idaman aku dekat oversea dia dah pergi ..best tak best dia ?? .. untung laa dia kann .. kalau korang nak tengok gambar-gambar dekat oversea tu , add la facebook nya klik sini .

tahniah kepada Pen.Pegawai Belia dan sukan . Faizal Salim @peje .. dia dah graduate digree . wahhh


Adik dan juga Abang yang amat serasi bersama ajeng & peje ;)

dari kiri , ustaz zulkhairi , peje , ajeng , dan juga ajak :)

pegawai kesatria IKBNT dari kiri Ajeng , En Rahim , dan En zulkifli ;)  

dan yang ini Pen.Pegawai Belia dan sukan... Azhari dan juga putera kesayangan muhammad Al-Awal ;)

boleh teka muka siapa gerangan kacak ni ?? tengok jam dah kenal muka Pen.Pegawai Belia dan sukan . Faizal Salim @peje ;)

Pen.Pegawai Kesatria En Hafizal yang tengah meneran .. hahaha

Ustaz Zulkhairi yang sempoi ... macam-macam dugaan yang Allah beri ke atas beliau.mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah buat putera sulung ustaz yang baru sahaja pergi meninggalkan kita .. Al-Fatihah .. Amin

muka-muka yang tak boleh blah .. haha . Pen Peg kesatria . Faizal Kamil @ ajeng dan juga Penjaga Jentera Elektrik @ Chargeman . Azwan Abd Rahman .

Aktiviti harian @ bosan @ menular . hahaha . main chess la jawabnya . pahlawan chess IKBNT . tiada seorang pun pernah kalahkan mereka .. hebat !!

ni bos aku yang baru .. bos lama En Yus dah pindah ke IKBN kinarut sabah . Bos sekarang ni En Azhar Ahmad Ketua cawangan Unit Perolehan dan Pembangunan

peje yang macho dikelilingi gadis-gadis . haha . gurau ok ..belakang tu Uztazah Suzana yang kiri dan Nik Mariana yang kanan .. untungla peje .. huhu

dari kiri , peje , ajak, rusdi dan juga way ...dan semua pun masih membawa tittle bujang .. haha

diorang nak pergi jungle walk :)


okay lastly , aku nak bagitahu korang , dulu mula-mula duduk sini , macam tak nak jak . sebab tak ada member lagi .. tapi bila aku kenal dan bergaul dengan mereka-mereka ni , macam-macam aku rasa , sebab kalau aku bosan dekat rumah , ada tempat lepak , cerita huha huha . setakat ni member-member aku yang terbaik adalah diorang sebab masing-masing dah ada kerjaya ..lagi satu , kalau aku susah , mereka jugak selalu teman aku .. macam-macam peringkat umur aku bergaul dekat sini . kalau  sebaya umur aku ni , aku rasa boleh panggil pacik dah dekat diorang .. ehh silap , atuk kot .. hahaa ..

macam mana aku nak tulis closing entry aku ni hah ?? tak reti sangat laa .. hahaha ..ok sekarang ending dah ni ..  betul-betul penutup dah .. ok lah terlalu panjang dah aku rasa entry kali ni .. bye ;)