Thursday 18 August 2011

berita baik kali nii ;)

Assalamualaikum smuaa .wahhh pejam celik pejam celik puasa kita sudah masuk 18 kann . rasa macam terlalu cepat pulak ramadhan kali ni . huhu . alhamdulillah mudah-mudahan puasa aku tahun ni full . insyaallah aminn . kalau dulu time budak-budak hingusan , kalau puasa aku full kena bagi upahh oleh parents aku . bestnyaa kann time budak-budak duluu . kalau posa full, time raya pertama tu , aku kena bagi duit raya RM30 bersamaan posa sehari bernilai Rm1 . hehehe . tapi sekarang aku sudah dewasa , ada keluarga sendiri dahh . huhu be mature laa kann . niat puasa tuu bukan macam dulu lagi . puasa sebab nak duit rayaa banyak . niat puasa tu biarlaa ikhlas kerana Allah .

okay entry kali ni aku nak cerita pasal kenapa aku rasa bertuah sangatt hari ni . sebabbnya , aku dapat balik beraya dengan family aku sendiri . dengan isteri tercinta yana maito dan juga aku punya starring sarik junior . haha . besttnyaa . rasa heppy sangat hari nii . tak sabar nak balik sabah cium pipi bini , peluk kuat-kuat . dukung baby . huhayyy . tak dapat aku bayangkan . terrubatt laa rinduu aku kann sikit . rasa lega di dada ni dengar berita baik tadi pagi tuu . biarpun sekejap cuti , tapi okayla kann balik raya kali ni tiket kena sponsor . tiket free la katakan . 

sebelum ni rasa risau sebab jawapan belum ada , sama ada lulus atau tak permohonan cuti . nasib baik bos aku baik hati orangnya , aku rasa selesa bekerja dengan beliau . sporting sangat . siap cakap , "cuti laa sampai bila punn , tak kisahh . tapi kena bagitahu saya ok . text or call sya . faham" ... haaaa . dengar macam tu , rasa macam nak nangis jak aku rasa . huhu . 

okay sekarang mood aku tak sabar nak balik sabah . ibuu dan juga anak ayaa , tunggu aya balik okay ;)

Saturday 13 August 2011

hujung minggu puasa kali ini

assalamualaikum semua .... okay sekarang aku baru ada masa nak update blog aku . maklumla sekarang aku kan praktikal . kadang-kadang ada masa buat entry , aku buat la . kalau aku tak ada masa, memang blog aku tak update la kan . sebenarnya aku pun masi blur2 pasal dunia blogging ni . aku pun budak baru belajar .so , kalau korang rasa ada yang  patut aku betul kan dalam setiap entry aku , korang advice la aku sikit . boleh kan...

okay . entry kali ni aku nak cerita pasal hujung minggu aku yang tak seberapa . kemarin sabtuday , tak ada benda yang menyeronokkan pun yang terjadi . semua cuma biasa-biasa sahaja . sumpah ! hujung minggu kali ni la aku bosan sangatt . kalau ada baby aku sekarang , mesti aku habiskan masa hujung minggu aku belajar cara-cara uruskan bayi . tapi semua tu KALAU .

tapi hari sabtu dan juga ahad la aku punya hutang tidur terbayarr . maklum la , biasanya hari bekerja kena bangun pagi datang ofis sebelum pukul 8am . kena thumbprint plak tuu .office hours pukul8am -5pm. memang tak best . tapi hujung minggu ni laa aku tidur dan rehat secukupnyaa . itu pun belum puas tidur , sebab takut puasa makruh . hehe . 



bulan puasa ni aku teringin sangat berbuka puasa bersama-sama isteri aku . nak makan makanan yang isteri aku masak . ya allah besttnyaa . tapi puasa tahun ni, memang tak kesampaian la hajat aku ni . kesian .aku cukup bersyukur masih dapat merasa masakan oleh air tangan mak aku sendiri . setiap kali berbuka , aku belum pernah merasa nikmat berbuka puasa yang sebenar-benarnya . mesti aku merasa ada kekurangan . sumpah ..hari kemarin la juga aku dapat berita tak baik tentang isteri aku yang tak seberapa sihat . risau yang teramat, time-time macam ni , aku tak ada di sebelahnya . lebih-lebih lagi yang dia masih bagi baby kami susu badan . hati ku resah , semua benda yang aku buat, ada sahaja tak kena . tak ada yang mampu aku buat . ya allah permudahkan la urusan kami sekeluarga , sihatkan la tubuh badan kami , jangan lah engkau merumitkan keadaan kami ya allah . aminnnn .




Monday 8 August 2011

gambar-gambar dekat bazar ramadhan ;)



salam ramadhan smua ..okay tadi aku pegi bazar ramadhan dekat temerloh dengan member . bazar dekat temerloh dengan bazar kk dan juga tawau totally different . sebab makanan dekat sini aku rasa tak sama dengan yang ada dekat sabah . biasalakan lain tempat , lain cita rasa . entry kali ni aku nak selitkan gambar-gambar aku time pegi bazar tadii .

sebelum pergi bazar . aku buang masa ambik gambar dkat cni .

tengah 3g dgn bini dekat sabah ;)





ni member aku . ajeng nama dia . staff dekat tmpat aku praktikal



ramaii kannn , smua muka laparr . haha



ni laa ayam golek .  lauk aku untuk sungkai

ayam golek seekor Rm20.00

daging kebab




biasanya aku bergambar bertiga dengan anak bini . oleh d sbabkan mereka tiada bersama-sama aku , hmm bgini la jadinyaa ;(



okay . sampai sini saja dulu . adios ;)

Sunday 7 August 2011

bila isteri tengah marah ;)

Bila isteri tengah marah marah
Lebih baik suami buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tiada faedah
Kerana isteri takkan mudah mengalah

Bila isteri tengah naik hangin
Baik suami jangan ambik pusing
Kerana jika suami turut sama melenting 
isteri akan bertambah bising bising

Bila isteri marah marah lagi
Lebih baik suami diamkan diri
Sebab kalau suami turut sama berkelahi
isteri akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila isteri masih jugak sakit hati
Baik suami pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk isteri akan bertambah benci
Alamatnya terus menerus la suami makan hati

 Bila isteri tengah  berang berang
Baik suami jangan  cakap sebarang
Lagipun masa inilah suami ada peluang


p/s : Buat semua kaum lelaki yang bergelar suami  di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan isteri, suami takkan menang punya!

Thursday 4 August 2011

Aku merayu . tolong la faham aku :(


Assalamualaikum ... aku buat entry ni sebab aku rasa sunyi . kamu semua pun tahu kan kenapa aku bole sunyii ? orang yang aku sayang tak ada di sekeliling aku . masa ini la aku sangat perlukan mereka untuk luah apa yang terpendam di isi hati aku . selalunya , masa-masa aku macam ni , isteri aku ada bersama ku sekali untuk kongsi cerita-cerita aku yang membuatkan aku banyak fikiran . masalah tak habis-habis datang . asyik-asyik masalah . aku tertekan sangat hidup macam ni . tapi apakan daya , apa yang bole aku buat . aku berserah padaNya . modd aku sejak kebelangan ni asyik moody saja . tambahan lagi aku tertekan dengan suasana kerja , dan semua adik beradik aku tak bersama-sama aku sekarang , dan orang yang aku paling sayang tak ada juga bersama-sama aku . anak bini aku tak ada di sebelah aku buat masa ni . dan kesemua ini antara sebab-sebab buat aku menjadi seperti ini .

aku rasa kamu semua tak akan faham apa yang aku rasa , isteri aku seorang sahaja yang betul-betul faham aku . masa-masa aku macam ni , isteri aku sering kali dapat rasa apa yang aku rasa .walaupun kami berjauhan , tapi dia sering kali kol , text aku . tanya-tanya aku di sini macam mana ? apa yang aku buat , smua isteri aku ambik berat . asalkan aku terpesong sikit, dia mesti ada di sisi aku untuk betulkan aku . 

aku bersyukur sangat dunia semakin canggih ,handphone , facebook , blog , masih dapat menghubung kan aku dengan orang yang aku sayang . bayang kan waktu dulu-dulu , benda semua ini tak wujud lagi . sebab tu kadang-kadang orang yang lebih tua dari kita tak akan faham dunia kita sekarang, dan kita pun tak akan faham dunia mereka yang dahulu . tapi tak semua macam tu . hanya segelintir sahajaaa .


sekarang yang buat aku berfikir panjang sebelum buat seuatu adalah anak dan juga bini aku . mereka ni la yang buat aku sedar kesilapan aku sebelum ini .anak bini aku  yang bagi aku semangat untuk jadi orang yang berguna . anak bini aku yang buat aku tak akan pandang hidup aku yang lalu . anak bini aku  bagi aku semangat ketika aku jatuh .anak bini aku yang selalu buat aku rasa gembira . dan sekarang anak bini aku menjadi nyawa aku sekarang . betapa sedihnya aku tanpa mereka sekarang . 


 di kala aku bersendiri ,aku cuba mencari kegembiraan walaupun sikit . aku nak juga happy-happy . nak segarkan balik apa yang selalu buat aku sedih . aku cuba cari benda yang boleh buat aku gembira sikit . tapi semua itu di halang . apa yang bole aku buat lagi ?? 
tolong la faham aku . aku merayu dengan KAMU . aku tahu , aku banyak buat salah dengan kamu , aku cuba betulkan apa yang aku cuba buat sekarang . tapi kamu masi anggap aku yang dahulu . aku mengaku aku banyak buat salah , banyak buat dosa dengan kamu . tapi aku mnta tolong dengan kamu , jangan la telampau pandang aku begitu , setiap manusia membuat kesilapan . tlong jangan pandang hidup aku yang lalu . aku cuba betulkan hidup aku . kepercayaan yang kamu bagi dengan aku hilang macam tu shaja disebabkan kejahilan aku dahulu . aku faham kenapa kamu buat aku begini sekarang . aku faham . memang patut aku kena layan begini . tapi aku menta tolong , aku merayu dengan kamu , jangan suka cakap dan pandang hidup aku yang lalu. aku terima  dengan apa yang terjadi . aku merasa kecil sangat . walaupun aku sudah berumahtangga aku masih rasa terkongkong . jujur aku cakap . mungkin kamu tak rasa kan . kamu tak akan faham . aku tahu kamu akan cakap . sebab sayang aku . risau pasal aku . aku sudah besar , walaupun aku sudah berumah tangga kamu masi anggap aku yang dahulu . tolong la faham aku ;(

 MAK BAPAK ....aku minta tolong sangat ;((((

Monday 1 August 2011

aku bukan nak mengutuk , tapi ada moral of the story dekat sini :)

Ada satu cerita maw kongsi . Ada pompuan ne , dia ni ala-ala ratu kebaya siket . body memang lawa . umur maw masuk 40++ . tapi , dia asyik kutuk orang yang suda ada anak ne . dya ckp , body tak cantik sebab mengandung . biasanya lepas melahirkan perut memboyot kan . dia cakap "sebab tu akak tak nak mengandung , nanti body tak cantik , macam body jiran akak tu, kembang semacam , perut besar . tengok makcik sekarang,dah 40++ tapi body maintain . & suami ni yang penting kita melawa, tak da anak pun tak pa" skali tengok . tup tup yang suami dia dah kawen lain & dah ada anak dua . akak tu meraung-raung cerita dekat member aku pasal laki dia kawen lain sebab nak anak . so, moral of the story is~ anak lebih penting , body lawa pun nanti kecut bila tua . hehe (:






















aku tak sabar tengok anak aku membesar sempurna ~

assalamualaikum . aku baru habis terawih tadi . dekat sini dengan sabah lebih kurang jaa suasana terawih . tapi terawih tadi bestt . sebab imam punya alunan suara baca surah al fatihah n surah2 pendek memang menggamat hati ku . kalau imam tadi menjadi imam solat terawih sepanjang bulan ramdhan ni , aku tak akan tinggal terawih . memang besttt . semangat aku mau solatt terawih tadii . hehe . 


tyme solat tadi ada budak lelaki solat sebalah aku . anak-anak staff dekat tempat aku praktikal . budak yang solat sebelah aku tadi tuu comell . hensemboy n smarty boyy . dia lebih semangat dari aku solat tau tak . geram tngok budak kecil tuu . aku mula laa ingat anak aku dekat sabah tu yang comell . hmm . rinduu sangat dengan baby rizqy . perasan tak klau aku buat entry , mesti aku selitkan ' rindu ' dengan anak aku . korang pun tahu kan , aku memang rindu dengan anak aku . tak puas lagi aku dengan anak aku bersama-sama . maklumlaa , anak pertama . korang pun akan rasa aura - aura anak pertama bila kamu dah kawin , then ada anak . memang xcited habiss . sumpahh ! aku tak tipu . aduhhh . rinduuuu rinduuu rinduuuuu ;( 
tak sabar rasanya tngok baby ku membesarr . aku pun nak juga bawa anak aku pergi shopping sama-sama , pegi solat sama-sama . pakai baju yang sama , pakai baju raya yang sama kaler . huhu . lama lagii semua tuu . kalau panjang umurr insyaallah sempatt .

okay , sampai sini saja dulu . babaiii :)