Sunday 31 July 2011

puasa di negeri orang

assalamualaikum semua .... okay . kali ni aku nak kongsi cerita aku pasal berpuasa di negeri orang . hari ni adalah hari pertama puasa bagi tahun ni . subuh tadi aku bangun pukul 5.00am sebab nak sahur sama-sama dengan family skali . aku mula rasa lain-lain sebab dekat sabah , biasanya aku sahur pukul pukul 3.30am . klau dekat sabah bangun pukul 5.00am memang tak sahur la jawabnyaa . hahaha .lauk sahur kami sekeluarga simple jakk . ala kadarr la katakan .  tyme sahur tu , kami smua ingat dekat family yang tak ada bersama-sama kami sekarang . maklum laa , kan posa pertama n sahur pertama ...yang tak ada dengan kami tyme sahur ni abang aku rahmansyah, isteri aku dan juga sarik junior . knal tak sarik junior sapa ?? tu aku punya baby boy . aku punya starring .hehe . aku mula rasa sedih sebab isteri aku tak ada bersama-sama aku . baruu 3 hari kena tinggal rasa macm setahun daa . macam tu la rindu aku dekat isteri aku . semua yang aku buat rasa lain-lain . sebab biasanya aku dengan isteri tak pernah berpisah lagi . boleh dikatakan macam belangkass . tau belangkass ?? yang asyikk berkepit jakk tuu . normall la kan kalau aku rasa rindu tahap dewa dengan diaaaa ;(  

actually, ini 1st tyme aku berpuasa dekat negeri orang . 1st day ramadhan dekat pahang. tak tau lagi best atau tak berpuasa dekat sini . kamu pun tahu kan sebab apa aku berada d negeri orang ni ?? bagi yang belom tahu sebab apa aku dekat sini . click this . tapi aku rasa memang tak ada kalah berpuasa dekat negeri kita sendiri kan . maklum la tempat orang . aku pun tak tahu lagi makanan yang aku nak makan dekat sini ada atau tak . posa ni , macam-macam yang kita nak makan untuk berbuka posa . sebenarnya aku ni jenis yang tak suka try makanan baru . aku tak berani try makanan yang aku tak pernah makan lagi ,. aku tak suka . ntah knapa . hehe . isteri dan mak aku saja yang tahu selera makan aku apa . sebab tu aku sayang isteri aku macam mak aku sendiri .. ya allah , aku rinduu betull dengan isteriku . panjangkan la jodoh antara kami . aminnn :))

 okay lastly heppy fasting day.. babaii ;) 


 

Saturday 30 July 2011

air mata ku jatuh lagi ~

okay , 1st skali ak nak cerita "sebentar d KL" .

28 julai 2011~jam 2ptg gerak dari rumah . temerloh-KL 1jam setegah drive kreta . kami pergi KL ramai2  then ambik hotel mnginap 1malam . kami smua penat duduk kereta . after tu  rehat kejap d bilik sambil2  layan kerenah anak dengan bini . pastuu malam pulak kita smua jalan2 area pasar seni -klcc .ikutkan hati memang tak mau bawa isteri jalan malam , sebab yana kan masi blum sembuh sepenuhnya . tapi kcian pula tinggal kan dia sendiri2 dgn bby rizqy d blik . plan mau tngok bola malaysia-singapura d dataran merdeka , tapi tak sempat sebab mau jaga hati isteri tercinta .so , ak ngn abg ak rahman bawa la isteri ak jalan2 shopping apa yang patut d beli bawa balik sabah .lama lepas tu kami smua  penat bejalan dengan dukung baby berganti2 . hahaha .so , kami decide baik  smua balik hotel . penat sungguh .

29 julai 2011 bersamaan kemarin ~ okay . jam mnunjukkan 9am . breakfast tyme . kami smua turun pegi sarapan dkat lobby hotel .aku , abg aku, mak aku , ipar aku , isteri ak dgn dukung baby rizqy . kami smua sarapan sama2 . baby rizqy pun turut sarapan dengan ibunya . breastfeeding .  tak mau kalah . hehe . habis sarapan dkat pkul 10am . pastu kami smua naik ke bilik . then kemas apa yg patut sbb waktu cekout jam 2ptg . sblum isteri aku balik sabah , aku dgn mak aku pergi shoping barang2 baby utk rizqy. 

sekarang semua terjadi sangat cepat . takut tak cukup masa sebab banyak benda lagi mau buatt . tiket flight isteri aku berlepas jam5.50ptg . so , kami semua bergerak dari hotel pukul satu tgh hari . lepas naik kereta pusing2 bandar mau cari jalan keluar highway , kereta kami salah masuk jalan . tersekat la pulak dekat  area masjid jamek . jem yang teramatt sangat di sebabkan hari jumaat. smua orang parking kereta semberonoh sebab mau solat jumaat . lepas tu , kami smua buntu cari jalan kluarr . maklumlah , kita kan orang sabah , tak tahu sangat jalan KL ni . dekat 1 jam lebih kami sesat dan terperangkap dalam sesak jalan raya .

waktu sudah menunjukkan pukul 2.30ptg . kami semua dalam kereta gelisah, takut tak sempat cek in flight . nasib baik mak aku ingat jalan keluar . akhirnya jumpa jugak highway ke LCCT . jam2.45ptg baru kami betul2 gerak dari KL ke LCCT . perjalanan makan masa 1 jam lebih . dalam perjalan ke sana pulak kereta buat hal nak kehabisan minyak .kami smua takut tak sempat sampaii LCCT , so kami pergi cari lagi pam minyak yang berdekatan . tapi susah sangat nak jumpa . so , kami terpaksa  masuk dekat bandar salak sepang baru jumpa pam minyak . pastu patah balik lagi ke simpang LCCT . sumpahh . time ni aku gelisah sangatt isteri aku pun sama . baby pun asyik meragam saja dalam kereta . ak resah . banyk btull halangan .

akhirnya sampai jugak kami ke sana pukul 4 lebih . counter tiket dah hampir nak closed . nasib baik sempat jugak isteri aku cek in . tapi smua terjadi terlalu rushing . semasa d airpott tu , memang tak ada masa lagi lepak2 dengan sembang panjang dengan isteri dan jgk anak aku . aku mula sedih sebab tyme ni la aku dengan isteri dan jugak anak aku akan berpisah buat smentara waktu . masa terlalu mencemburui kami skeluarga bersama-sama tuk kali ni . memang tak cukup masa untuk  aku berbuall dan juga pesan apa yang patut dengan isteri aku lagi . aku cuba tahan air mata ak jatuh . dengan risau yang teramat pasal isteri aku naik flight sorang diri dengan dukung baby . aku hanya boleh berdoa yang allah sentiasa permudahkan perjalanan isteri aku . aku betul-betul cuba tahan air mata aku jatuh menitis . tak tahan sebak di dada tngok isteri aku mengalirkan air mata sebab kami akan berpisah . setelah skian lama air mata aku tak keluar , akhirnya jatuh mengalir air mata aku kemarin tngok isteri aku yang tengah dukung baby kami yang masi tidur . tuhan sahaja yg tahu ak punya risau macam mana kaannn . sedihh sangatt sebab tak ada masa lagi ambik gambar d airpot . smua berlaku terlalu cepat .

aku buat entry ni sebab aku tak ada tempat lagi mahu luah apa yg aku pendam kemarinn . biasanya kawan aku bercerita isteri aku sendiri . sekarang dia tak ada sama-sama aku lagi . so , aku buatt entry ni tukk dia baca.........yana maito jangan lupa baca entry aya ni k   :)

p/s : ni 2nd entry aku . minta maaf kalau ada cacat cela ok .

walau kita jauh , ibu dan juga baby rizqy dekat di hati ayaaa . I LOVE BOTH OF YOU VERY MUCH.

Thursday 28 July 2011

KL punya cerita

semenjak datang disemenanjung untuk meneruskan latihan industri di temerloh, ini kali pertama aku datang kl bersama keluarga tersayang aku. yana & baby rizqy. kenal tak baby rizqy ni sapa?baby ni anak akiu yang baru sahaja dilahirkan.alhamdulillah, aku bersyukur sangat dengan kurnian yang diberi oleh NYA.


di kala kegembiraan ini, hati aku sayu sebab akan berpisah dengan my wife disebabkan masalah kesihatan.biasa la kan, orang baru bersalin ni banyak sangat pantang.kami duduk di negeri orang,lain-lain pantang yang di ajar.ada yang sama, ada yang tidak.cara penjagaan pun tak sama.so aku decide nak hantar wife aku balik buat sementara waktu, untuk kebaikan bersama.

sekarang aku tengah berkumpul bersama-sama keluarga besar aku. abang aku si maman, ayah aku, dengan mak aku ade bersama aku untuk menghantar wife aku balik sabah. doakan la perjalanan wife ku dipermudahkan.

p/s:ini post pertama aku, so kalau ada salah silap harap maaf.;)

terima kasih