Saturday 30 July 2011

air mata ku jatuh lagi ~

okay , 1st skali ak nak cerita "sebentar d KL" .

28 julai 2011~jam 2ptg gerak dari rumah . temerloh-KL 1jam setegah drive kreta . kami pergi KL ramai2  then ambik hotel mnginap 1malam . kami smua penat duduk kereta . after tu  rehat kejap d bilik sambil2  layan kerenah anak dengan bini . pastuu malam pulak kita smua jalan2 area pasar seni -klcc .ikutkan hati memang tak mau bawa isteri jalan malam , sebab yana kan masi blum sembuh sepenuhnya . tapi kcian pula tinggal kan dia sendiri2 dgn bby rizqy d blik . plan mau tngok bola malaysia-singapura d dataran merdeka , tapi tak sempat sebab mau jaga hati isteri tercinta .so , ak ngn abg ak rahman bawa la isteri ak jalan2 shopping apa yang patut d beli bawa balik sabah .lama lepas tu kami smua  penat bejalan dengan dukung baby berganti2 . hahaha .so , kami decide baik  smua balik hotel . penat sungguh .

29 julai 2011 bersamaan kemarin ~ okay . jam mnunjukkan 9am . breakfast tyme . kami smua turun pegi sarapan dkat lobby hotel .aku , abg aku, mak aku , ipar aku , isteri ak dgn dukung baby rizqy . kami smua sarapan sama2 . baby rizqy pun turut sarapan dengan ibunya . breastfeeding .  tak mau kalah . hehe . habis sarapan dkat pkul 10am . pastu kami smua naik ke bilik . then kemas apa yg patut sbb waktu cekout jam 2ptg . sblum isteri aku balik sabah , aku dgn mak aku pergi shoping barang2 baby utk rizqy. 

sekarang semua terjadi sangat cepat . takut tak cukup masa sebab banyak benda lagi mau buatt . tiket flight isteri aku berlepas jam5.50ptg . so , kami semua bergerak dari hotel pukul satu tgh hari . lepas naik kereta pusing2 bandar mau cari jalan keluar highway , kereta kami salah masuk jalan . tersekat la pulak dekat  area masjid jamek . jem yang teramatt sangat di sebabkan hari jumaat. smua orang parking kereta semberonoh sebab mau solat jumaat . lepas tu , kami smua buntu cari jalan kluarr . maklumlah , kita kan orang sabah , tak tahu sangat jalan KL ni . dekat 1 jam lebih kami sesat dan terperangkap dalam sesak jalan raya .

waktu sudah menunjukkan pukul 2.30ptg . kami semua dalam kereta gelisah, takut tak sempat cek in flight . nasib baik mak aku ingat jalan keluar . akhirnya jumpa jugak highway ke LCCT . jam2.45ptg baru kami betul2 gerak dari KL ke LCCT . perjalanan makan masa 1 jam lebih . dalam perjalan ke sana pulak kereta buat hal nak kehabisan minyak .kami smua takut tak sempat sampaii LCCT , so kami pergi cari lagi pam minyak yang berdekatan . tapi susah sangat nak jumpa . so , kami terpaksa  masuk dekat bandar salak sepang baru jumpa pam minyak . pastu patah balik lagi ke simpang LCCT . sumpahh . time ni aku gelisah sangatt isteri aku pun sama . baby pun asyik meragam saja dalam kereta . ak resah . banyk btull halangan .

akhirnya sampai jugak kami ke sana pukul 4 lebih . counter tiket dah hampir nak closed . nasib baik sempat jugak isteri aku cek in . tapi smua terjadi terlalu rushing . semasa d airpott tu , memang tak ada masa lagi lepak2 dengan sembang panjang dengan isteri dan jgk anak aku . aku mula sedih sebab tyme ni la aku dengan isteri dan jugak anak aku akan berpisah buat smentara waktu . masa terlalu mencemburui kami skeluarga bersama-sama tuk kali ni . memang tak cukup masa untuk  aku berbuall dan juga pesan apa yang patut dengan isteri aku lagi . aku cuba tahan air mata ak jatuh . dengan risau yang teramat pasal isteri aku naik flight sorang diri dengan dukung baby . aku hanya boleh berdoa yang allah sentiasa permudahkan perjalanan isteri aku . aku betul-betul cuba tahan air mata aku jatuh menitis . tak tahan sebak di dada tngok isteri aku mengalirkan air mata sebab kami akan berpisah . setelah skian lama air mata aku tak keluar , akhirnya jatuh mengalir air mata aku kemarin tngok isteri aku yang tengah dukung baby kami yang masi tidur . tuhan sahaja yg tahu ak punya risau macam mana kaannn . sedihh sangatt sebab tak ada masa lagi ambik gambar d airpot . smua berlaku terlalu cepat .

aku buat entry ni sebab aku tak ada tempat lagi mahu luah apa yg aku pendam kemarinn . biasanya kawan aku bercerita isteri aku sendiri . sekarang dia tak ada sama-sama aku lagi . so , aku buatt entry ni tukk dia baca.........yana maito jangan lupa baca entry aya ni k   :)

p/s : ni 2nd entry aku . minta maaf kalau ada cacat cela ok .

walau kita jauh , ibu dan juga baby rizqy dekat di hati ayaaa . I LOVE BOTH OF YOU VERY MUCH.

4 comments:

Hana teen top said...

so sweet

Bella Cullen said...

sedih nya baca ceta korg nie.. :(

IbuuRizqy said...

Ibu & rizqy sentiasa ada utk ayaa . Love u so muchhhh syg ! Gonna mishh u ;(

Qiela said...

hishh sarik...postmu wat aq nanges :'(